Syaitan.

Syaitan akan sentiasa membisikkan perkara negatif dalam hati dan fikiran, dia mengulang tayang peristiwa sedih yang kita lalui, tergiang-tergiang kata-kata pedih yang kita terima. Sehingga bisikannya lebih kita dengar lebih daripada suara hati nurani kita. Syaitan memang suka melihat kita berada dalam lubang derita lama-lama.

Hakikatnya, Hati kita sebenarnya mahu melupakan, mahu memaafkan, mahu melepaskan, dan ingin memilih jalan bahagia.

Bisikan Syaitan atau hati nurani yang kita nak menangkan dan ikut? Kalahkan bisikan Syaitan, sehingga dia benar-benar menjadi MUSUH bukan KAWAN.

-Ustazah Asma Harun

T.me/notatazkirah